Dengan permulaan modal rm10k dan kini telah berkembang dengan modal rm40k. Kini syarikat ini boleh menerima dan dapat menampung kadar tempahan berterusan dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Cetusan Idea
"Seorang hamba Allah yang sedang mencari ilmu dan mengharap keredhaanNye untuk bekalan yang kekal abadi"
Tuesday, August 27, 2013
AGMS ENTERPRISE (AGMS CANOPY)
Dengan permulaan modal rm10k dan kini telah berkembang dengan modal rm40k. Kini syarikat ini boleh menerima dan dapat menampung kadar tempahan berterusan dan memberi kepuasan kepada pelanggan.
Thursday, February 10, 2011
semalam....hari ini....esok.....dan iman....
Semalam adalah kenangan,
hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan…..
Iman itu bukan hanya harapan,
ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
Setiap kita di dunia ini tidak mahu..
memilih jalan yg derita ..
hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.
kita jangan selalu mengharap..
kerana mengharap tidak pasti tertunai..
tetapi kita boleh..
bersabar..
kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan
jangan menangis kerana gagal dalam cinta..
sebab manusia akan meninggalkan apa yg di cinta
keinsafan bukan mudah untuk di tatang, tapi jelas di ulang-ulang
sesungguhnya lidah itu lebih berbisa..
dari segala senjata..
yang dapat menghunus hati.
jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya..
zaman berubah tetapi..
dendam manusia tidak pernah berubah..
lelaki yg gagah mustahil tidak pernah menangis..apatah lagi si gadis.
tapi,,
percintaan yg akan menyebabkan mereka menangis..
nilai persahabatan diukur dengan kejujuran..
bukan kebendaan
jadilah ubi yg bertutup rapat…
bukan kek yg berkrim tetapi,,,
diharungi lalat..
kedewasaan tidak menghalang apa yg di inginkan oleh setiap insan…
manusia bagaikan layang-layang,
dimana sering terikat dengan sesuatu..
tidak dapat bebas dengan sempurna..
kecuali tali itu putus…
barulah ia bebas melayang…
Monday, December 6, 2010
Friday, November 5, 2010
Study..!!

Friday, October 29, 2010
SAHABAT

Thursday, October 7, 2010
Kenapa Itu dan Ini Tidak Boleh
Saya pernah terdengar,
“Suka hati kamilah nak pegang tangankah. Nak buat apa-apakah. Ni diri kami. Suka hati oranglah nak buat apa..”
Nah. Itu diri mereka. Tapi mungkin mereka tidak sedar. Diri mereka itu milik ALLAh SWT!
Lagi pernah menerima pertanyaan dari seorang kawan,
“Lelaki dan perempuan, tidak boleh berkawankah?”
Nah, ada pula yang menjawab dengan lantangnya. “Tidak boleh!” Uish. Kenapa tidak boleh? ALLAh tidak pernah menyuruh manusia tidak berbaik-baik antara satu sama lain, apatah lagi memutuskan silaturrahim.
Sabda Baginda SAW :
“Janganlah kalian saling membenci, saling hasad dan dengki, saling berpaling dan saling memutuskan hubungan silaturrahim…” – HR. Bukhari dan Muslim
Ummmchak!! Bukan tidak boleh bergaul dan berinteraksi dengan kaum yang berlawan jenis, tapi ALLAh sudah meletakkan syariat yang akan memandu manusia ke arah kesejahteraan. Makanya, setiap tingkah laku, tutur kata apabila bersama dengan bukan mahram mesti dijaga dengan baik.
Bukan penyeksaan. Tapi rahmat kebaikan dan kemuliaan untuk semua.
ALLAH Menghalalkan Yang Baik

Pernah tak sahabat semua mendengar rintihan manusia yang mengatakan Islam itu susah. Islam itu ini. Islam itu rumit. Dan yang berkata begitu pula ada penganut agama Islam itu sendiri. Bahagian mana yang sangat rumit bagi dirinya, ya?
“Sikit-sikit tak boleh. Itu ini tak boleh!” ucap sang kawan.
Senyum.
Benarkah dakwaan tu? Atau diri manusia itu sendiri yang tidak mahu mengikut peraturan yang pastinya mendatangkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Degil mungkin.
Monday, August 30, 2010
Jangan berduka@sedih@kecewa@sewaktu dengannya..!!!

Monday, August 9, 2010
Moga Perjalanan Mereka Dipermudahkan..


