Monday, August 30, 2010

Jangan berduka@sedih@kecewa@sewaktu dengannya..!!!



Ak create entry ni sebab baru2 ni berlaku sesuatu perkara yang menyentuh perasaan ak.. ada lah seorg sahabat seperjuangan ak meluahkan perasaan pada ak.. xpayah sebut nm erk..dan entry ni ak create tuk peringatan tuk kita smer..ak harap sape2 yg baca blog ini dan tgah bersedih@berduka dapat raih balik semangat semangat yang hilang..!!!

Member ak ni sangat sensitif orgnya..ceritanye bermule begini..
deng2 deng...hehe

lebih kurang cmnilah ayat member ak ni...
"ak xboleh org merendah2kan diri ak, pas2 cite dpn member2.."(kalau ak pn x suka. ak rse smer org x sk kan ).. xyah citer panjang2..ntikan ngalir air mate..xckup tisu..
ok..ermmm

Ak ad terbaca dlm buku 'La Tahzan' - seorg ulama mutakhir ini telah berkata:"kpd org2 yg sangat sensitif terhadap kritikan perlu menuangkan apa sahaja yg sejuk ke dalam sarafnya ketika menghadapi kritikan yg pedas dan menyengat."

Jika Allah menghendaki kebaikan pada seorg hamba pada saat tertekan maka dia mengjadikan hamba itu mengantuk sebagai pengjagaan dari-NYA. hal yang sama pernah berlaku kepada Talhah r.a ketika perang uhud. kerana begitu kuat mengantuknya sehingga pedang yang dipegangnya jatuh beberapa kali. Kejadian itu menunjukkan ketenangan dan kedamaian di dalam hati.

Ak percaya selagi kita buat baik kat org, org akan buat baik kat kita..kita x m'harapkan apa2 balasan dari org lain.. jika kita tidak merasa p'balasan atas dunia.. Allah akan beri p'balasan yang sepatutnya kepada kita..percayalah Allah maha adil.. ingat doa org teraniaya adalah lebih makbul..

Kita jgn berduka, sebab kita t'masuk dlm org2 mukmin, p'bawa agama yg hak, dan ahli kiblat. Dlm diri kita t'dapat asas cinta pada Allah dan Rasullullah s.w.t. Kita merasa menyesal ketika b'buat dosa, dan gembira ketika b'buat baik. Perasaan itu menunjukkan kita m'punyai kebaikan tetapi tidak menyedarinya.

Renung2 kanlah madah pujangga ini:-

Rakuslah menghimpun keutamaan dan tekunlah,
abaikan celaan si pendengki
ketahuilah bahawa usia itu adalah saat-saat kebaikan diterima
dan selepas kematian kedengkian itu terputus dengan sendirinya..

Janganlah kita mencela @ dengki kerana dua sifat itu adalah sifat yang terkutuk(syaitan).
Oleh itu berbuat baiklah kita kerana org yg senang melakukan kebaikan tdk akan menyesal sekalipun sangat banyak kebaikan yang sudah dibuat. Tetapi sebaliknya ia akan menyesal apabila berbuat salah walaupon sesuatu kesalahan yg kecil..

1 lagi madah pujangga:-

kebaikan itu lebih kekal, wlpn ia dilakukan sekali dan
kejahatan adalh bekalan terburuk yg engkau usahakan..

Oleh itu kita xyah nk b'sedih@b'duka@kecewa kerana kita ad Al-Quran, Doa, sembahyang, sedekah dan segala amalan yg bermanfaat.. jgn sekali-kali menyerah kepada kesedihan..So sembahyanglah..bertasbihlah..bacalah..menulislah..bekerjalah..terima tamu..silaturahimlah(berjamaah) dan Renung2 kanlah..!!!!


"Yang baik itu datang daripada Allah manakala yag buruk itu datang daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri..."