Friday, October 29, 2010

SAHABAT

sahabat..dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan
pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka
padanya maka kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama
dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi
persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahkan sebuah ikatam
sebuahpersahabatan.

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap
pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta
organisasi yang dipimpin.

Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan
memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam
masyarakat sekeliling sehinggamembentuk kualiti ummah yang terbaik dan
menjadi contoh kepada yang lain.

Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain
sama ada dengan mengucapkan salam,bersikap peramah dan mengutamakan
keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang
itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara
satu sama lain.

Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan nikmatkebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik, dan berbahas-lah dengan mereka
(yang engkau serukan itu) dengan cara yanglebih baik."
(Surah Al-Nahl: Ayat 125)

4 comments:

  1. sahabat adalah kawan..tapi sesetgh kawan bukan lah sahabat kita..=)

    ReplyDelete
  2. kawan sejati sukar dicari dan sukar dicari ganti.

    ReplyDelete
  3. Ingat satu perkara, apabila kita bertemu seseorang yang kita percaya dan kita yakin bahawa dialah sahabat kita, maka kita haruslah berhati-hati kerana suatu hari nanti persahabatan kita pasti akan diuji oleh Allah sejauh mana kesefahaman & ksetiaan kita dlm persahabatan. Tetapi jika kita bersahabat kerana Allah, Insya Allah persahabatan kita akan kekal…

    ^^ wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. Betul tu Yhe...Berjumpa kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Barulah hidup tak merana. Salah satu rukun Iman...percaya kepada qada' dan qadar Allah ^_^

    ReplyDelete